Get cash from your website. Sign up as affiliate

Sunday, September 19, 2010

Canggung

Sejarah dan Info

Tarian Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis,yang berasal dari salah sebuah tarian Makyang Laut.Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di Bandar Kangar.

Mulai daripada persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian yang masyhur.

Variasi tarian Canggung samalah dengan Ronggeng,akan tetapi mempunyai nilainya tersendiri.Keasliannya terletak kepada nyanyiannya secara berbalas pantun. Pantun pembukaan juga merupakan pantun wajibnya seperti berikut:


Nasi kuning gulai ia ayam,
Singgah makan batu melintang,
Senget topi berjalan malam,
Abang nak cari si tanggul lentang,


Menerusi pantun-pantun inilah para penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, Para-penarinya menari secara berpasang-pasangan.

Penari puteri memegang sehelai saputangan,menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan dengan penari putera.Penari puteri memakai kain batik,baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting disanggul. Penari putera memakai baju melayu dan bersongkok berjenaka dan sebagainya.

Tarian ini diiringi dengan muzik yang menggunakan gong, dua biji gendang dan bola.

Canggung dipersembahkan ketika musim menuai, di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Ni aku nak tambah pengalaman aku masa menyertai tarian ala canggung.

Ala canggung,

makciklah makcik canggung,

canggung - canggung lala li lale.(korus)

Nasi kuning gulai ia ayam,
Singgah makan batu melintang,
Senget topi berjalan malam,
Abang nak cari si tanggul lentang,

seterusnya pantun akan dibalas.

dah korus pon dinyanyikan lg.

canggung ini aku berkongsi melalui pengalaman semasa aku menyertai kem KRS peringkat kebangsaan dan aku telah menyertai pertandingan canggung bagi pasukan negeri perlis.

tetapi pada masa tu kebanyakkan pantun yang direka oleh kami menyindir pihak pengurusan.haha..


No comments:

Post a Comment

DO click !

Related Posts with Thumbnails