Get cash from your website. Sign up as affiliate

Tuesday, April 26, 2011

KL Gangster ( OFFICIAL TRAILER ) 2011 6 JUN DI PAWAGAM



Filem terbaru arahan anak Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof yang bertajuk KL Gangster telah dimulakan penggambarannya pada 9 Jun 2010 sudah bersedia untuk ditayangkan di pawagam pada 9 jun 2011.

Filem ini merupakan filem selepas kejayaan filem Evolusi KL Drift II yang telah mendapat kutipan sebanyak RM6juta pengarahnya kini pemegang gelaran pengarah terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke 23, telah memulakan penggambarran filem KL gangster sejak pertengahan tahun lalu.

Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah dan Ridzuan Hashim.

Bagi peminat filem aksi sememangnya filem ini merupakan filem yang sangat sesuai dan di tunggu-tunggu kerana dari sumber-sumber tertentu mengatakan bahawa filem ini sebanyak sedikit menyentuh keadaan sebenar gangster di Kuala Lumpur. Juga ianya menggunakan dialog-dialog yang ‘bikin panas’. Ini menjadikan Filem KL Gangster ini menjadi lebih menarik dan hot. Apa-apa pun sama-sama kita tunggu filem ni keluar di pawagam 9 jun ini.


 






KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangster.






GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta
JANGKA TAYANG: Awal 2011.

No comments:

Post a Comment

DO click !

Related Posts with Thumbnails